Persediaan XXIV Olympic Winter Games

Pingat

Reka bentuk pingat Sukan Olimpik 2022 telah diumumkan pada 26 Oktober 2021. Konsep reka bentuknya adalah berdasarkan ilmu falak dan ilmu nujum tradisional Cina kerana temasya tersebut diadakan semasa Tahun Baru Cina.[6]

Baju seragam penyampai pingat semasa upacara penyampaian pingat telah diumumkan pada Januari 2022.[7] Baju seragam tersebut direka bentuk oleh Akademi Pusat Seni Halus China dan Institut Teknologi Fesyen Beijing.[7]

Larian obor

Larian obor Beijing 2022 telah bermula pada 18 Oktober 2021 in Yunani. Pada 20 Oktober 2021, pihak penganjur Beijing 2022 telah mengumumkan bahawa laluan China akan bermula pada 2 Februari dan tamat pada 4 Februari 2022. Larian obor tersebut hanya akan melalui ketiga-tiga kluster tempat acara Sukan Olimpik 2022, yakni Beijing, Yanqing dan Zhangjiakou.[8][9]

Pengangkutan

Laluan kereta api antara bandar Beijing-Zhangjiakou telah dibuka pada akhir tahun 2019. Laluan tersebut bermula dari stesen kereta api Utara Beijing dan tamat di stesen Zhangjiakou. Pembukaan laluan tersebut telah memendekkan masa perjalanan antara Beijing dan Zhangjiakou sehingga ke 50 minit.

Projek pemanjangan Beijing Subway masih dijalankan dan jumlah jaraknya dijangka akan mencapai 781.5 km (485.6 bt) pada akhir tahun 2021.[10]

Sebuah lapangan terbang baharu, Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Beijing, telah dibuka pada tahun 2019 untuk menggantikan Lapangan Terbang Nanyuan Beijing. Lapangan terbang tersebut diusahakan bersama dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing.[11]

Bajet

Anggaran bajet bagi penganjuran temasya ini ialah US$3.9 bilion.[12]